widget

Isnin, 6 Februari 2017

Sabar

5 PERKARA IBU BAPA PERLU SABAR DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak adalah ujian bagi orang tuanya. Jika kita mampu bersabar dalam mendidik mereka tentu kita akan menuai buah dari kesabaran yang manis bagaikan madu. Iaitu ketika mereka telah dewasa, kala mereka telah terbiasa dan terdidik dengan kebaikan yang kita ajarkan dan mereka menjadi anak yang soleh. Berikut kami kongsikan 5 point penting yang ibu bapa perlu sabar dalam mendidik anak-anak:

1. Sabar dalam mengajarkan kebaikan

Salah satu bahagian dari kesabaran yang sangat penting adalah sabar dalam melakukan kebaikan dan ketaatan pada Allah. Mengajarkan kebaikan memerlukan kesabaran seorang ibu. Mengajarkan doa-doa harian, adab dan akhlak yang baik, menghafal qur’an, dan sebagainya.

2. Sabar menjawab pertanyaan anak

Dalam masa membesar, anak akan mengalami fasa dimana dia akan selalu bertanya tentang hal-hal di sekelilingnya mulai dari hal yang besar sampai hal-hal yang kecil. Jangan mengeluh, wahai Ibu! Bersabarlah menjawab setiap pertanyaan anak kita kerana dengan anak bertanya pada kita sesungguhnya dia menaruh kepercayaan pada kita sebagai orang tuanya. Jika kita mengeluh atau marah-marah dengan pertanyaan yang anak lontarkan maka anak mungkin akan serik untuk bertanya lagi dan dia tak akan menaruh kepercayaan lagi pada kita sehingga akan bertanya pada orang lain. Lalu apa jadi jika dia bertanya pada orang yang salah sehingga mendapat jawapan yang tidak tepat?

3. Sabar menjadi pendengar dan teman yang baik

Termasuk sifat sabar dalam mendidik anak adalah menjadi pendengar yang baik. Jangan pernah mengganggap remeh perkongsian anak kita, dengarkan dan respon dengan bijak serta selitkan dengan nasihat.

4. Sabar ketika emosi memuncak

Menghadapi kelakuan anak yang kadangkala meragam atau tantrum memang memenatkan. Saat inilah diperlukan kesabaran. Jika amarah itu datang cubalah untuk menjauh dari anak hingga emosi kita stabil. Setelah reda, baru dekati anak dan menasihatinya dengan baik. Menasihati anak sambil marah-marah tidak akan ada gunanya dan tidak memberikan kebaikan bagi anak.

5. Sabar jika usaha mendidik anak belum menunjukkan hasil

Bersabarlah jika belum ada hasil yang dikehendaki dalam mendidik anak kita. Selalulah ingat bahawa Allah akan selalu melihat usaha bukan hasil. Setiap ikhtiar kita mendidik anak akan Allah balas meskipun hal yang kecil. Selalulah mendoakan anak kita agar mereka menjadi anak yang baik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts