Masya Allah Subhanallah
Tentu ramai yang terkejut dengan perubahan aku. Sebenarnya aku tidak berubah. Aku tetap aku yang dulu. Cuma pertambahan je.
Bukan niat untuk menunjuk malah jauh sekali untuk riak. Malah ada juga yang ingat aku ikut IS hihi... jauh sekali.. memang aku tak ambil tahu pun pasal tu.
Kenapa?. Jawapannya hanya Allah yang tahu. Kenapa dia campaknya perasaan keinginan ini membuak-buak. Sedangkan sebelum ini aku jauh hanyut dengan fesyen muslimah yang tak ikut syariat. Tak cukup sempurnapun dalam erti kata menutup aurat tu yang sebenar.
Bermula apabila aku mula turun berat badan. Sejak itu solat jadi ringan dan pergerakan jadi mudah. Sakit2 dibadan hilang terutama pinggang. Terdetik dihati bila lihat banyak program motivasi di tv.
Tiba2 hati tersentap melihat wanita berniqab. Mata tak lepas nak pandang je. Tak taulah kenapa aku rasa mereka cukup indah dan menawan. Dalam hati aku memasang niat. Suatu hari nanti aku akan begitu.
Bermula dengan membeli niqab secara online. Malu nak beli yang jual dikedai. Malu nak cuba pakai depan orang. Setelah sampai je, aku terus pakai. Air mata tak henti2 keluar. Tak tahu kenapa. Sungguh tersentuh.
Tapi aku tak terus pakai. Aku cuba pakai on off. Kejap pakai kejap tidak. Dengan orang dikenali aku buka. Kalau keluar dgn anak2 je aku pakai. Jika boleh aku memang elak untuk buat orang yang kenali aku terkejut lihat aku berniqab.
Masa tu aku dah rasa putus asa. Rasa sangat tak selesa. Tak kene dengan keadaan aku. Anak tarik. Orang takut. Berpeluh. Senget benget. Kira macam kusut sangat bila pakai. Masa tu aku pakai half niqab je.
Bila aku pergi umrah. Masa jejak je kaki di Makkah. Aku minta izin suami untuk pakai. Dia izinkan sebab takde janggalnya di sana sebab ramai yang pakai.
Aku mula jatuh cinta bila aku beli niqab di Makkah. Mulanya hanya untuk mencuba memandangkan harga yang sangat murah.
Setelah pakai aku menitiskan air mata lagi. Sungguh2 jatuh cinta kali ni. Dalam hati tekad nak pakai terus kalau diizinkan suami. Alhamdulillah suami sangat memahami dan memberi semangat walaupun jauh disudut hatinya aku tahu penampilan aku sangat tak seiring dengan penampilannya. Dia pula yang rasa malu hehe.
Setiba di Malaysia aku terus buka niqab sebab malu penampilan baru ni akan buat ramai terkejut. Aku masih belum ada kekuatan lagi rupanya untuk berdepan dengan orang yang mengenali aku.
Pada hari pertama persekolahan anak bulan Januari 2015. Tiba2 aku capai niqab yang aku beli di Makkah tu. Terus pakai. Tak tahu kenapa tapi aku pakai.
Aku cuba tepis kata2 dari dalam diri. Sungguhku katakan.. itulah saat yang sangat sukar. Aku cuba lawan diri sendiri. Aku hampir putus asa untuk tak teruskan. Sebulan yang pertama sejak mula berniqab. Sangat menyeksa jiwa. Berdepan dengan persoalan demi persoalan dari dalam diri dan orang lain terutama yang mengenali.
Akhirnya selepas aku menongkah arus tu. Lama kelamaan diri menjadi biasa. Memang ada tohmahan, pandangan sinis malah ada kanak2 yang menangis takut memandang aku. Tapi kebaikan yang ketara aku rasa. Lelaki sangat hormat kepada aku. Perempuan pun segan pada aku. Seolah ada pelindung di badan aku. Ada perisai.
Aku lebih yakin. Lebih berani. Kadang kala aku lupa yang aku sedang berniqab. Sebenarnya mencari material fabrik yang sesuai sangat membantu. Tiada istilah panas, lemas. Sungguh niqab ni sangat selesa. Jangan salah beli sebab nanti memang tak selesa. Hendak yang berkualiti memang mahal. Tudung pun samakan. Tapi tudung aku pun lebih murah berbanding niqab ni hehe.
Percayalah. Jika niat kita baik. Allah akan permudahkan segalanya. Aku puas fikir macam mana nak makan di khalayak ramai. Tapi Allah permudahkan alhamdulillah. Memang benar ada makanan yang sukar untuk makan seperti yang berkuah. Kalau boleh memang aku elakkan. Percayalah... aku juga tak yakin aku mampu tapi insyaallah Allah maha mengetahui. Allah permudahkan semua urusan aku.
Bagi yang nak mencuba berniqab. Boleh tanya aku beli kat mana. Insyaallah aku tau yang mana selesa sebab aku dah cuba. Harga memang rm50 kebawah. Tapi kalau nak yang berfesyen dan kualiti lagi baik budget lebih dari RM50. Tapi aku tak beli yang mahal. Cukup dengan kemampuan dan jika boleh aku tak mahu bertabbaruj iaitu melebih-lebih dalam berpakaian.
Jangan malu jangan segan untuk bertanya sebab aku dulupun banyak bertanya dengan mereka yang berniqab walaupun secara online je. Nak berjumpa dan bertanya depan2 dengan wanita berniqab aku sangat takut. Serampun ada hihi.
Jika dizinkan Allah untuk ke Makkah lagi. Aku nak beli niqab di sana banyak2 sebab murah dan selesa. Di sini harga dah jadi mahal sebab import dari sana. Tapi bagi yang ingin mencuba.. tak salah beli yang mana mampu di sini. Takdelah mahal sangat berbanding nak bayar tambang kapal terbang dan penginapan di sana hehe.
Moga perkongsian ini dapat membuka mata kaum muslimah untuk lebih menjaga aurat. Dengan berniqab, aurat akan terjaga secara automatik. Yang penting mudah solat sebab pakaian sentiasa sesuai untuk solat. Tak perlu telekung lagi. Tapi niqab kena bukalah masa solat ye. Masa mengerjakan ibadah umrah juga kena buka.
Islam itu mudah. Aku meletakkan niqab ini hukumnya harus. Maka aku akan buka di waktu yang sesuai untuk buka. Tak perlu menyusahkan diri. Aku lebih meletakkan niqab ini sebagai perisai diri. Moga terjaga dari fitnah dunia. Aku tak mahu taksub dengan kecantikan. Cukuplah cantik ini untuk suami. Walaupun aku ni bukanlah cantik mana. Perasan je lebih hikhikhik...
Aku sangat2 suka jika ada yang terbuka hati untuk berniqab terutama dari ahli keluarga sendiri. Aku sendiripun keseorangan dan sukar untuk aku nyatakan betapa indahnya berniqab. Jika dapat berkongsi pendapat, tentu lebih seronok.
Apapun yang kita nak buat kena berilmu. Jangan ikut orang. Kaji dulu baik buruk dan kesesuaian dengan diri sendiri. Jangan terburu2. Doa banyak2. Minta Allah beri petunjuk. Minta Allah tetapkan iman. Minta Allah yakinkan kita sebab apa yang kita lakukan adalah keranaNya.
1 ulasan:
Assalamualaikum Puan,
Saya terbaca blog puan mengenai niqab. Ya saya jug alami apa yg puan alami. Saya mula berniqab sejak sebulan yang lalu dimana telah lama simpan niat untuk berniqab malah suami juga setuju.Dulu saya seorang yang suka pada kecantikan , mesti bermake up bila nak keluar dari rumah. Tetatpi sejak berniqab saya lebih selesa dan selamat. Saya masih menjaga kulit muka tetapi saya tak perlu fikir untuk bermake up bila mahu keluar.
Mudah solat sebab saya telah bersedia dengan pakaian yg memudahkan saya solat. tak perlu bawa telekung lagi bila nak berjalan jauh. Anak2 suka saya berniqab , rakan rapat saya suka dengan penampilan baru saya.Malah sejak saya rasa lebih dekat dengan Allah kerana saya perlu jaga aurat, jaga solat dan jaga segalanya. Anak dara saya seorang yg degil dan tak mahu bertudung tetapi sejak say aberniqab dia mula berubah dan ikut apa yg saya kata.Alhamdulillah kita perlu betulkan diri sendiri sebelum menasihatkan org lain.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana bantu saya untuk berniqab.
Rafizah
Pasir Gudang
Catat Ulasan