KITA APABILA SAKIT AKAN MENGELOH. TETAPI TAHUKAH ANDA HIKMAHNYA DISEBALIK SAKIT ITU?
Apabila Allah SWT memberi kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya, dan banyak hikmahnya :
1) Sakit itu Zikrullah.
Mereka yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
2) Sakit itu Istighfar.
Kita akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon ampun.
3) Sakit itu Muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu utk merenung diri dalam sepi & menghitung bekal untuk dibawa apabila kembali ke rahmatullah.
4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat sembuh.
5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita mencari ilmu spt belajar ttg khasiat herba, menhafal ayat syifa', ruqiyyah dll sbg penawar & pendinding dari sakit. Pengalamannya pula lbh menyediakan kita utk mencorak hidup yg boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dgn org lain.
6) Sakit itu Nasihat.
Mereka yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar mjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim
Ahli keluarga, sahabat n jamaah yg jarang bjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu mesra dan dgn buah tangan lagi.
8) Sakit itu gugur dosa.
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian drpd dosa yg telah dilakukan.
9) Sakit itu Mustajab Doa.
Org yg sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dpt mendoakannya.
10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.
Org yg sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai oleh Anbiya' & makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Solat org sakit lbh khusyuk terutama dlm rukuk n sujudnya apabila ia banyak bertasbih n beristghfar, berdoa n meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.
13) Sakit itu mperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan mjadi santun, lembut dan tawadhu'.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati
Mbuatkan kita sentiasa beringat untuk lebih ber'amal & beribadat.
Ayuh Zikir, Fikir, Syukur & Sabar. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan