widget

Selasa, 7 April 2015

Langkah untuk menulis kertas program

Untuk menulis kertas kerja program, saya bahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sebelum penulisan, sewaktu penulisan dan selepas penulisan.

 

Sebelum penulisan

 

Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesuatu kertas kerja program dibangunkan. Antara perkara yang perlu dikenal pasti ialah:

a. Program yang hendak dijalankan.

b. Perancangan aktiviti, tarikh yang sesuai dan kumpulan sasaran.

c. Buat perancangan kewangan sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan.

 

Sewaktu penulisan

 

Sewaktu penulisan kertas kerja program ingin dibangunkan, penulis perlu mengenal pasti beberapa perkara di bawah, iaitu:

a. Format kertas kerja betul.

b. Maklumat yang dikemukakan tepat, jelas dan jujur.

c. Gaya bahasa kertas kerja baik, iaitu menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang mudah, jelas serta menarik. Elakkan menggunakan perkataan yang mengelirukan dan mempunyai banyak makna. Pastikan ejaan betul dan pemerengganan menarik.

 

Selepas penulisan

 

Setelah kertas kerja program dihasilkan, penulis perlu memastikan semua perkara yang telah ditulis disemak dari segi:

a. Format kertas kerja betul.

b. Maklumat dan perancangan yang ditulis jelas.

c. Gaya bahasa, ejaan, dan tatabahasa yang digunakan adalah betul.

 

Format kertas kerja program

 

Setiap bahan penulisan pasti ada format yang perlu diikuti oleh setiap penulis atau pembina bahan tersebut. Begitu juga dengan penulisan kertas kerja program. Kertas kerja program yang dibina mesti berdasarkan format tertentu. Mungkin ada institusi yang telah menetapkan format tertentu dalam menulis kertas kerja

program. Dalam buku ini, format penulisan kertas kerja program yang diketengahkan merupakan format yang kerap diguna pakai oleh mana-mana institusi terutama di sekolah-sekolah. Para pembaca boleh menggunakan format ini sebagai panduan dalam membangunkan kertas kerja program yang diminta oleh majikan atau pihak atasan di tempat bertugas.

 

 

Format am penyediaan kertas kerja program

 

Semua kertas kerja program mestilah bertaip menggunakan tulisan Arial atau Times New Roman bersaiz 12 dengan langkauan 1.5. Tajuk atau subtopik perlu dihitamkan dan semua penggunaan dalam bahasa Inggeris perlu disendengkan (italic). Kertas yang digunakan dimestikan bersaiz A4 berwarna putih. Cetakan hanya dibuat pada sebelah muka surat dalam bentuk menegak (portrait). Setiap muka surat yang dicetak perlu diletakkan nombor halaman untuk memudahkan rujukan dan penyusunan. Kertas kerja program yang telah dicetak perlu dikepil (staple) 

 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts