widget

Jumaat, 10 April 2015

Hanya dengan berjalan kaki

Tahukah anda, dengan banyakkan berjalan kaki, anda akan terhindar dari beberapa penyakit mengejut dan berbahaya.

Antara main penyakit yang terhindar apabila kita banyak berjalan kaki adalah:

1. (Hearth Attack) Serangan Jantung : Apabila kita berjalan kaki, aliran darah pada jantung akan bergerak dengan lancar dan deras dari pembuluh koroner, ini menyebabkan jantung mengepam dalam keadaan normal.

2. Stroke :Kajian telah dibuat kpd 70000 pesakit di Harvard School of Public Health, dengan mengadaptasikan amalan kerja sambil berjalan kaki dalam tempoh 20 jam seminggu. keputusannya masalah mendapat risiko diserang stroke menurun sehingga 2/3/

3. Membakar Lemak : Kalori akan terbuang apabila kita banyak berjalan kaki, lebihan kalori yang ada dalam tubuh akan terbakar dan hal berikut akan menyebabkan kenaikkan berat badan tidak berlaku.

4. Melangsingkan Badan : Jika anda salah seorang dari rakyat malaysia yg alami masalah berat badan, mulakan amalan berjalan kaki ke tempat kerja dan sebagainya. Pergerakkan kaki akan menyebabkan seluruh tubuh akan menurun dan lemak yg selalu berada di bahagian perut akan turut terhakis.

5. Kanser : Dapat mencegah dari berlakunya kanser usus besar apabila kita banyak berjalan. Dengan berjalan banyak keadaan usus akan menjadi lancar sehinggakan apabila hendak membuar air besar atau kecil akan sentiasa lancar.

Dalam satu kajian lain berjalan juga boleh mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Berjalan kaki akan menguatkan rangka-rangka tulang kita juga, Dikatakan untuk menghindar dari kekurangan risiko osteoporosis anda digalakkan berjalan sekurangnyaa 15 minit dibawah sinar matahri setiap hari.

7. Mencegah Kencing Manis : Berjalan dalam tempoh sekitar 50 minit ke 1 jam dapat mencegah diabetis berkembang khusnya pada yang bertubuh gemuk. anda hanya perlu bergerak (brisk walking), berjalan secara rutin untuk terus menghindari dari terkena diabetis.

8. Depresi : Ubat depresi dapat digantikan dengan berjalan kaki dengan cepat, biasanya ubat ini digunakan oleh pesakit depresi secara rutin. so, sekarang banyakkanlah berjalan kaki untuk menyembuhkan penyakit dpresi.

Kalau kita lihat di negara-negara luar seperti Vietnam, China, Japan rakyat mereka banyak berjalan kaki, sebab itu tubuh mereka tidak terlalu berada pada tahap obesiti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts