Utk yg tk sempat menonton. Summary..
TANYALAH USTAZ..
Hukum Dekorasi Kediaman
Ayat yang di gantung di dinding baiarlah ianya BOLEH DIBACA.
Jangan disebabkan seni, iannya sukar dibaca.
#pesanustaz sebelum nak beli kaligrafi atau khat, biarlah sambil duduk-duduk boleh dibaca.
Apabila ayat Alquran digantung, biarlah di tempat yang bersesuaian. Jika digantung di tangga, walaupun nampak cantik, namun biarlah ayat itu dihormati. Letakkan di tempat yang tinggi dan bersesuaian dengan tarafnya Alquran itu.
Mainan anak-anak seperti beruang, anak patung selagi mana digunakan tiada masalah. Atas dasar permainan.
Namun, bila anak dah besar, simpan atau hadiahkan pada anak orang lain.
Patung yang dilarang diletakkan dalam rumah adalah patung yang diukir samada daripada batu atau kayu.
Tip agar rumah diturunkan rahmat daripada Allah.
1. Lakukan Solat Sunat di rumah.
2. Hidupkan suasana rumah dengan amal ibadah.
Jangan jadikan rumah seperti kubur dan hidupkan dengan Alquran.
2. Ada nilai kasih sayang.
Ada amal soleh.
Baca doa setiap kali makan, minum, keluar rumah.
3. Beli rumah dari punca rezeki yang halal.
Masuk rumah rasa seronok.
4. Baca Alquran dalam rumah.
Akan terpancar cahaya dari rumah tersebut.
Malaikat akan melebarkan sayap dan memohon ampun buat penghuni rumah yang membaca Alquran.
Baca Alquran pada waktu malam namun janganlah sampai ganggu orang lain.
🍃 Jiran yang tidak menghadiri majlis ilmu atau masjid.
-- Jangan mudah hukum orang lain.
Sampaikan apa yang kita tahu.
Roh kita sebenarnya berkomunikasi tanpa kita sedar. Jadikan jiran seperti adik-beradik atau kawan.
Jangan wujudkan 'gap' dalam hubungan jiran.
Jadikan persepsi yang baik dengan jiran.
Banyakkan doa untuk jiran.
"Ya Allah, Kau berikan kekuatan untuk aku ajak jiran buat perkara yang baik. "
Dakwah perlu bina hubungan dahulu.
Allah pesan kepada Nabi Musadan Nabi Harun , "wahai Musa dan Harun, pergi kepda Firaun dan ucapkanlah perkataan yang lembut. "
Seperti mana kita mengorat pasangan sebelum kahwin dahulu.
🍃Surirumah atau wanita yang suka hias rumah dengan sesuatu yang jarang dipakai.
-- Seorang Profesor membeli mug baru dan setiap kli tetamu dtg dibelinya bru n lps tu dihadiahkn pd tetamu terus
Pinggan mangkuk yang guna sekali sekala tiada masalah namun jika "ditidurkan" dalam almari, itu yang salah.
Terutama jika dalam rumah, pakai yang murah, yang dapat percuma. Tetamu datang baru keluarkan yang elok.
Tak salah simapn dan guna tapi jangan sampai membazir. Jangan sampai setiap sudut dalam rumah ada pinggan mangkuk.
Biarlah ada ruangan buku, kitab untuk dibaca. Itu lebih baik.
Di Syurga, banyak disebut bidadari sebab orang lelaki suka kepada itu.
Orang perempuan pula, diumpan dengan pinggan mangkuk emas, istana besar.
Manfaatkan apa yang Allah beri di dunia.
Barang rumah kebanyakannya, bila masuk tak keluar. Belajar untuk memberi.
🍃 Semasa buat ubahsuai rumah, maklumkan pada jiran sebelah.
-- Buat rumah jangan sampai jiran tak dapat angin. Melainkan kalau sama-sama buat.
Beri ruang untuk aktiviti rehat jiran.
Elakkan jiran terganggu dengan aktiviti kita jangan sampai ganggu privasi dia. Misalnya, dia ada orang yang sakit dalam rumah atau anak kecil.
Jika ada kerosakan pada rumah jiran disebabkan pengubahsuaian kita, kita kena bertanggungjawab seperti dinding crack atau lelehan air.
Bukan ciri orang beriman apabila bergaduh dengan jiran.
Termasuk juga apabila tanam pokok dan masuk daunnya dalam rumah jiran. Jika tanam pokok buah dan buahnya terjuntai, dikira hak jiran.
Jika kita sakit, orang yang pertama kita minta tolong adalah jiran. Perlihatkan ciri-ciri orang beriman.
#tanyalahustaz
Ustaz Dr Mohd Farid Ravi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan