Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air
Lemon Setiap Pagi??!!
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang
terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa
untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses
pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C,
Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap
imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan
ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan
dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut,
gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’
yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita
bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan,
kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk
membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C
semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan
minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia
boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan
sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit.
Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki
masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan
antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam
lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang
boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang
membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh
membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit
tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir
dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan
kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu
untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan
bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan
antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam
merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah
sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit
jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada
esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu
buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu
bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut
dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan
air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari
doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect
menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan,
kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan
kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau
lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil
atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan
penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan
kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula
memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum
ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang
telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu
simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh
merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang
diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran
melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous
(kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan
minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml)
ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur
sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat
dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan
sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas
tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost
immune sistem ni pulak bertindak dalam badan.
Ada lagi smbungannya . Sila tekan reply
Tiada ulasan:
Catat Ulasan