widget

Isnin, 17 Jun 2019

Pesan ustaz

Utk yg tk sempat menonton. Summary..

TANYALAH USTAZ..
Hukum Dekorasi Kediaman

Ayat yang di gantung di dinding baiarlah ianya BOLEH DIBACA.
Jangan disebabkan seni, iannya sukar dibaca.

#pesanustaz sebelum nak beli kaligrafi atau khat, biarlah sambil duduk-duduk boleh dibaca.

Apabila ayat Alquran digantung, biarlah di tempat yang bersesuaian. Jika digantung di tangga, walaupun nampak cantik, namun biarlah ayat itu dihormati. Letakkan di tempat yang tinggi dan bersesuaian dengan tarafnya Alquran itu.

Mainan anak-anak seperti beruang, anak patung selagi mana digunakan tiada masalah. Atas dasar permainan.
Namun, bila anak dah besar, simpan atau hadiahkan pada anak orang lain.

Patung yang dilarang diletakkan dalam rumah adalah patung yang diukir samada daripada batu atau kayu.

Tip agar rumah diturunkan rahmat daripada Allah.

1. Lakukan Solat Sunat di rumah.

2. Hidupkan suasana rumah dengan amal ibadah.
Jangan jadikan rumah seperti kubur dan hidupkan dengan Alquran.

2. Ada nilai kasih sayang.
Ada amal soleh.
Baca doa setiap kali makan, minum, keluar rumah.

3. Beli rumah dari punca rezeki yang halal.
Masuk rumah rasa seronok.

4. Baca Alquran dalam rumah.
Akan terpancar cahaya dari rumah tersebut.
Malaikat akan melebarkan sayap dan memohon ampun buat penghuni rumah yang membaca Alquran.
Baca Alquran pada waktu malam namun janganlah sampai ganggu orang lain.

🍃 Jiran yang tidak menghadiri majlis ilmu atau masjid.

-- Jangan mudah hukum orang lain.
Sampaikan apa yang kita tahu.
Roh kita sebenarnya berkomunikasi tanpa kita sedar. Jadikan jiran seperti adik-beradik atau kawan.
Jangan wujudkan 'gap' dalam hubungan jiran.

Jadikan persepsi yang baik dengan jiran.
Banyakkan doa untuk jiran.
"Ya Allah, Kau berikan kekuatan untuk aku ajak jiran buat perkara yang baik. "
Dakwah perlu bina hubungan dahulu.
Allah pesan kepada Nabi Musadan Nabi Harun , "wahai Musa dan Harun, pergi kepda Firaun dan ucapkanlah perkataan yang lembut. "
Seperti mana kita mengorat pasangan sebelum kahwin dahulu.

🍃Surirumah atau wanita yang suka hias rumah dengan sesuatu yang jarang dipakai.

-- Seorang Profesor membeli mug baru dan setiap kli tetamu dtg dibelinya bru n lps tu dihadiahkn pd tetamu terus

Pinggan mangkuk yang guna sekali sekala tiada masalah namun jika "ditidurkan" dalam almari, itu yang salah.

Terutama jika dalam rumah, pakai yang murah, yang dapat percuma. Tetamu datang baru keluarkan yang elok.

Tak salah simapn dan guna tapi jangan sampai membazir. Jangan sampai setiap sudut dalam rumah ada pinggan mangkuk.
Biarlah ada ruangan buku, kitab untuk dibaca. Itu lebih baik.

Di Syurga, banyak disebut bidadari sebab orang lelaki suka kepada itu.
Orang perempuan pula, diumpan dengan pinggan mangkuk emas, istana besar.

Manfaatkan apa yang Allah beri di dunia.
Barang rumah kebanyakannya, bila masuk tak keluar. Belajar untuk memberi.

🍃 Semasa buat ubahsuai rumah, maklumkan pada jiran sebelah.

-- Buat rumah jangan sampai jiran tak dapat angin. Melainkan kalau sama-sama buat.

Beri ruang untuk aktiviti rehat jiran.
Elakkan jiran terganggu dengan aktiviti kita jangan sampai ganggu privasi dia. Misalnya, dia ada orang yang sakit dalam rumah atau anak kecil.

Jika ada kerosakan pada rumah jiran disebabkan pengubahsuaian kita, kita kena bertanggungjawab seperti dinding crack atau lelehan air.

Bukan ciri orang beriman apabila bergaduh dengan jiran.

Termasuk juga apabila tanam pokok dan masuk daunnya dalam rumah jiran. Jika tanam pokok buah dan buahnya terjuntai, dikira hak jiran.

Jika kita sakit, orang yang pertama kita minta tolong adalah jiran. Perlihatkan ciri-ciri orang beriman.

#tanyalahustaz

Ustaz Dr Mohd Farid Ravi.

Khamis, 28 Februari 2019

Tahu tak?

Korg tau x?
Pemuda Al kahfi yg ada 7 org tidur 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahf ayat 17

Korg tau x?
Allah membolak balikan badan mereka utk tidak berkulat, Allah hentikan segala mcm bulu di tubuh mereka,Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.

Korg tau x?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yg tulang pon da hncur jd debu. (selepas 100 tahun)
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jd tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jd keldai.

Korg tau x?
Amalan yg di lakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.

Korg tau x?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah saw di belah utk kali ke 2. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda saw di basuh dgn air zam zam.

Korg tau x?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Korg tau x?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat 2 rakaat dan baginda saw menjadi imam kepada para2 nabi. Sesuai dgn pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.

Korg tau x?
Selesai solat Rasulullah di dtgi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.

Korg tau x?
Rasulullah saw dan jibril as menaiki langit yg pada nya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.
Jibril memberi salam lalu di jwb malaikat pnjaga langit dan bertnya siapa engkau. Kemudian jibril menjwb aku jibril. Kemudian di tnya lg siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan?
Jibril menjwb Dia Muhammad dan dia telah di utuskan (berlaku pada setiap pintu langit)

Korg tau x?
Di langit pertama ada nabi adam as
Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as
Di langit ketiga ada nabi yusuf as
Di langit keempat ada nabi idris as
Di langit kelima ada nabi harun as
Di langit keenam ada nabi musa as
Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada lauh mahfuz
Smua nabi mengucapkan salam
Selamat datang nabi yg soleh dan rasul yg soleh
Kecuali nabi adam mengucapkan anak yg soleh dan rasul yg soleh

Korg tau x?
Ketika Rasulullah saw smpi di lngit ke 7
Beliau mendapati lelaki yg muka nya sama seperti baginda sedang dduk bersandar manakala malaikat yg lain sedang sibuk bertawaf.

Rupa2 nya amalan ibadah ni ketika di hidup di alam dunia sahaja. Yg memakan msa 50 60 70 tahun bergntung kepada usia masing2. Kmudian xde dah.

Korg tau x?
Rasulullah prgi ke syurga dan dia dapati kebnyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.

Korg tau x?
Rasulullah saw melihat kebnyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.

Korg tau x?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat

Korg tau x?
Slepas smua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan jibril menunjukan rupa sebenar beliau utk sekali lagi.
Surah an najm ayat 13.

Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat.
Berpisah lah dia dgn jibril. Jibril yg semulia mulia makhluk pon x dpt maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah ke seorangan ketika itu.

Korg tau x?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah saw slepas peristiwa Isra' mikraj.
Tetapi Abu Bakar ra tetap membenarkan kata² Rasulullah saw.

Korg tau x?
Ayat pertama surat nabi sulaiman kepada balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim
Surah al-naml ayat 30.

Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Bukak pntu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Korg akan rase kemanisan Basmallah td. Percayalah.

Korg xkan paham kemanisan gula itu sehingga korg amik gula itu letak dlm mulut. Mmg manis.

Korg tau x?
Mase nk pidahkan istana balqis, ifrit boleh bwk istana tu sebelum nabi sulaiman bgn dari tmpt duduk
Surah al-naml ayat 39

Korg tau x?
Mulia nya manusia ni, ada yg boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lg kita ni dari jinn.

Korg tau x?
Air di cicang x akan putus.
Ketika laut merah di belah oleh nabi musa
Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.

Korg tau x?
Abu Jahal adalah manusia yg mintak Rasulullah saw membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah saw adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.

Mkna kata ketika peristiwa itu ada musafir dtg utk berjumpa abu jahal, konon meraka akan jd saksi.
Esk nya bila mereka smpi mereka bercerita.
Situ yg dia herdik Rasulullah konon nya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat2 jauh pon boleh.

Korg tau x?
Antara perkara yg paling mengembirakan Rasulullah saw ialah bila sesorg itu ingin memeluk islam.

Korg tau x?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah.
Allah abadikan surah khas utk dia.
Surah al lahab..

Korg tau x?
Surah al lahab td turun 6 bulan sebelum abu lahab mati.
Mkna kata confirm masuk neraka.

Korg tau x?
Antara pakcik kesyg Rasulullah ialah Abu Talib.
walaupon  xberiman dgn Rasulullah saw, di tetap sokong dakwah Rasulullah saw.

Korg tau x?
Abu Talib ni beriman dgn Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad saw sebagai utusan. Ni nk kata hidayah milik Allah.

Korg tau x?
Abu Talib mati dlm tidak beriman kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)

Korg tau x antara nikmat² besar Allah bg?
Islam!
Islam adalah nikmat besar.
Sehingga org terakhir yg keluar dari neraka itu org islam yg dlm hatinya ada "tiada tuhan selain Allah"

Korg tau x bila korg islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan di iring dgn solat serta beriman kepada rukun islam.

Dah tu bila last korg islam? Atau makna kata lain bila last korg solat? Solat ni Nabi amk tu atas dari langit ke 7.
Asl dari 50 smpi jd 5.
Mujur ada nabi Musa mtk Rasulullah saw naik balik mtk kurang. Naik mtk kurang. Naik mtk kurang.
Sampai Rasulullah saw malu tau x!
"wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku"

Korg tau x islam?
Korg terutama nya aku, hari ini dpt islam secara 'percuma' sbb tu ak x reti hargai.
Amik remeh sbb bkn ak yg perjuangkan.
Kemanisan tu xde.

Harap2 kita bukan islam hanya di kad pengenalan.

Korg tau x mahdi?
Imam mahdi atau nama sbnr beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah saw lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik mcm Rasulullah saw.

Korg tau x imam mahdi ni?
Rasulullah saw pesan bila kamu mendengar imam mahdi sedang di lantik.
Pergi dapat kan bai'ah dari beliau.
Walau terpaksa merangkak dalam salji.

Korg dan ak akan pergi x?
Jap Pikir dulu.
Ada anak bini, kereta, rumah x abis bayar lg.
Syg sgt ke kerja.. Ni aku lah ni..
Iman kulit bawang..

Korg tau x kenapa ramai mengaku imam mahdi?
Dorg x mampu nk tiru Nabi Isa as sbb ketika nabi isa turun,
Dia msih memegang sayap malaikat di tgn kiri dan kanan beliau.

Korg tau x nabi isa?
Antara manusia yang tidak di jadi kan dari air mani.
Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa

Korg tau x Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw.
Beruntung anak cucu korg dpt jmpe Nabi. SubahanaAllah!

Tapi! Sebelum turun the last man standing ni
Dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 mggu
Hari ke empat mcm biasa.

Apa pon korg jgn lupa solat.! Sbb solat adalah satu2 nya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah..
Solat x turun wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana.

Ingat ye solat! Bru berkat.
Jgn smpi istidraj. Senang tp x berkat.

Sekadar renungan.

Rabu, 20 Februari 2019

Najis itu adalah dirimu

Copy paste print tampal ikat tepi

SIRI TASAWUF: NAJIS ITU ADALAH DIRIMU

Siapa yang tidak kenal Abu Yazid Al-Busthami, beliau adalah termasuk di kalangan syeikh atau pemimpin kaum sufi. Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu yang sangat berharga daripada seekor anjing di tepi jalan.

Seperti biasa, Abu Yazid suka berjalan sendiri di malam hari. Lalu dia melihat seekor anjing berjalan terus ke arahnya, anjing itu dengan bersahaja jalan dan tidak menghiraukan sang Syeikh. Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya khuatir tersentuh sang anjing yang katanya najis itu.

Spontan anjing itu pun berhenti dan terus memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya;

"Tubuhku kering dan tidak akan menyebabkan najis padamu. kalau pun engkau itu merasa terkena najis, engkau tinggal basuh 7 kali dgn air dan tanah, maka najis di tubuhmu itu akan hilang. Namun jika engkau itu mengangkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang berbaju dan badan manusia itu lebih mulia, lalu menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan bersih walaupun engkau membasuhnya dengan 7 samudera lautan".

Abu Yazid tersentak dan minta maaf daripada sang anjing. Lalu sebagai tanda permohonan maafnya yang ikhlas, dia pun lantas mengajak anjing itu untuk bersahabat dan jalan bersama. Tapi si anjing itu telah menolaknya.

"Engkau tidak patut berjalan denganku, kerana mereka yang memuliakanmu akan lantas mencemuhmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini. Lihatlah aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum", lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid yang masih terpinga-pinga.

Abu Yazid masih terdiam, "Duhai Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaanMU saja aku tidak layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama denganMU, ampunilah aku dan sucikan hatiku daripada najis."

Sejak daripada peristiwa itu, Syeikh Abu Yazid pun sentiasa memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.

"Janganlah menganggap dirimu lebih suci daripada yang lain, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang paling suci di antara hamba-hamba-Nya" (Surah an-Najm).

Semoga beroleh kefahaman. Amiin²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts