widget

Ahad, 8 Februari 2015

Kek pisang kukus

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung
1 cawan minyak Mazola/minyak masak
1 cawan pisang yang dilenyek-lenyek
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk bikarbonat soda
1 sk baking powder

Cara-cara:
    
    1)   Ayakkan tepung, bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan.
    2)   Pukul telur dan gula di dalam mixer sehingga kembang.  
    3)   Masukkan pisang dan minyak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
    4)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
    5)   Masukkan adunan ke dalam Loyang dan kukus kek selama 45 minit api sederhana.

Senang kan?

Disebabkan ummi juga tak ada mixer, ummi pukul telur dan gula di dalam pengisar (blender). Mula-mula ummi blend pisang beserta minyak sehingga pisang betul-betul hancur. Ummi curahkan ke dalam bekas lain.

Ummi cuci (guna air sahaja) blender tu baru pukul telur dan gula. Rasanya kalau tak cuci pun tak mengapa. Dah kembang baru masukkan campuran minyak pisang tadi, pukul lagi.

Bila nak masukkan tepung, blender dah jadi berat dan tak mahu pukul lagi. Jadi, ummi keluarkan terus adunan ke dalam loyang, dan kaup sahaja tepung dan gaul rata. Lepas tu, masukkan kek dalam kukusan, tinggalkan selama 45 minit tanpa perlu risau, hehe!!
Haa.. dah siap untuk dimakan; makan panas pun sedap, makan sejuk pun sedap, lembut gebu dan nyum nyum!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts